Kami Berjaya Part 1

Friday, February 26, 2010



What? Apa itu program KB1 …

Program KB1 ialah program pembangunan pasukan yang menerangkan pergerakan satu pasukan yang kurang maju kepada pasukan yang berdaya tinggi. Dengan menggunakan konsep ‘stick person’ dan ‘tahu terus buat’, sudah pasti program ini akan membawa suatu pengalaman unik, kreatif tapi mudah dalam usaha memahami tujuan program ini. Program ini akan menjadi lebih bermakna jika peserta seterusnya mengikuti program KB2.


Why? Kenapa perlu kepada KB1 …


Banyak pencapaian matlamat melalui amalan kerja berpasukan gagal. Kerja berpasukan memang satu masalah besar! Ramai dikalangan kita sedar betapa penting kerja berpasukan namun tidak tahu bagaimana mahu membina pasukan yang maju dan berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki.

KB1 akan menerangkan psikologi satu pasukan dan tahap-tahap yang mesti dilalui oleh setiap pasukan agar menjadi pasukan yang berdaya tinggi. Tahap-tahap tersebut ialah Orientasi, Ketidakpuasan, Integrasi dan Produktivi.

Dalam melepasi setiap tahap-tahap ini, anggota pasukan pula perlu mengetahui kemahiran dalam melayari pasukan mereka. Kemahiran ini ialah Pemeriksaan (Diagnosis), Penyesuaian (Adaptability) dan Pemberian Kuasa (Empowerment).

KB1 bertindak sebagai pembimbing kearah pencapaian Kerja berpasukan yang berdaya tinggi.


Kandungan KB1

Pengenalan
Bab 1 : Saya dan Kerja Berpasukan
Bab 2 : Kerja Berpasukan Perlu?
Bab 3 : Fakta Kerja Berpasukan
Bah 4 : Peranan Ahli Pasukan
Bab 5 : Ciri-Ciri Pasukan Berdaya Tinggi
Bab 6 : Pemeriksaan (Diagnosis)
Bab 6.1 : TPP Orientasi
Bab 6.2 : TPP Ketidakpuasan
Bab 6.3 : TPP Produktiviti
Bab 6.4 : TPP Integrasi
Bab 7 : Penyesuaian (Adaptibility)
Bab 8 : Pemberian Kuasa (Empowerment)
Bab 9 : Pembentukan Pasukan.
Bab 10 : Kami Berjaya?


Apa yang boleh dicapai melalui KB1?

Selepas menghadiri KB1 dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:

1) Anggota kerja memahami kelebihan perlunya bekerjasama. Hajat ini akan lebih mudah dilaksanakan setelah anggota kerja tersebut menghadiri ADB dan KUB.

2) Anggota kerja memahami psikologi bagaimana membina Pasukan Berdaya Tinggi. (Pasukan Berdaya Tinggi bermakna mencapai matlamat pasukan secara bekerjasama dalam kos, tenaga dan kualiti yang paling optima).


Kayu Ukur KB1

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:

1) Peningkatan pencapaian matlamat kerja secara berpasukan seperti peningkatan hasil dari usaha kumpulan 5S, usaha kerja ‘functional’ dan sebagainya.

2) Penurunan rungutan mengenai masalah dalam kerja berpasukan

3) Peningkatan dalam jumlah kerja yang melibatkan kerja berpasukan atau pun usaha antara jabatan.


Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.